//NuramirahAz
The Intro
Entries About Stuff





Contact me


  • tabung
  • bantu saya ye ?

  • my best entry
    get this widget here
    My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM


  • my Love Followers

    kelebihan membaca Al Quran
    17 Apr 2014 • comment • Add comment {0}

    Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkenanya air.” Seorang sahabat bertanya : “Bagaimana menghapuskan karat itu?” Baginda menjawab : “Banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.”



    • Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjingi malaikat dan dijauhi iblis serta selesa kehidupan ahli rumah terbabit dan banyak kebaikan serta kurang kejahatan.
    • Dalam sebuah hadis oleh Aisyah r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggan umatku ialah al-Quran yang mulia.”
    • Allah SWT berfirman : “Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 2).
    • Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda : “Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca al-Quran (ibadat yang bukan wajib).
    • Membaca al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada setiap umat Islam.
    • Allah memberi pahala besar kepada orang yang membaca al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan setiap ayat ditentukan pahalanya yang berbeza.
    • Pahala setiap huruf al-Quran dijelaskan dalam sebuah hadis dari Ibnu Masud r.a. daripada Rasulullah : “Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan 10 kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
    • Mengenai pahala setiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan oleh Hurairah r.a, bersabda Rsulullah : “Sesiapa yang membaca al-Quran 10 ayat pada satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan lalai.”
    • Sesiapa yang memelihara solat fardhu tidak termasuk dalam golongan lalai dan sesiapa membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan taat.
    • Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada al-Quran ditulis baginya satu kebajikan berlipat ganda dan mereka yang membacanya akan memperoleh cahaya pada hari kiamat.
    • Sesiapa yang membaca surah Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.
    • Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam, tidak akan ditimpa kebuluran dan kepapaan.
    • Pahala membaca al-Quran dalam solat dan membacanya dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan hadis Rasulullah yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut :
    1.     Pahala membaca al-Quran dalam solat bagi setiap satu huruf ialah 100 kebajikan.
    2.     Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi setiap huruf 10 kebajikan.
    • Orang yang selalu membaca al-Quran kerana Allah diberi kelebihan tinggi dan berbeza sewaktu hidup atau di akhirat kelak. Ibu bapa pembaca al-Quran juga beroleh manfaatnya.
    • Hadis dari Rasulullah menyebut : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengannya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumahnya di dunia ini.” Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkannya.
    • Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah di hari kiamat berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud : “Tidak ada syafaat paling tinggi melainkan al-Quran yang bukan nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.”
    • Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan, Rasulullah bersabda : “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.”