//NuramirahAz
The Intro
Entries About Stuff





Contact me


  • tabung
  • bantu saya ye ?

  • my best entry
    get this widget here
    My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM


  • my Love Followers

    syariat berkaitan remaja
    20 Nov 2013 • comment • Add comment {0}


    DENGAN BERMULANYA ALAM BALIGH BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN INI , MAKA BERKAWAJIPANLAH MEREKA MENUNAIKAN SEGALA HAK DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAIMANA YANG DISYARIATKAN OLEH ISLAM .





    Anak - anak yang berumur belasan tahun dikira sudah memasuki alam remaja . Secara tidak langsung mereka memikul tanggungjawab yang lebih meluas daripada tahap sosial sebelumnya . 
    Umumnya , proses perubahan fizikal yang cepat ini mendekatkan anak - anak lelaki dan perempuan kepada alam balaigh yang harus dilalui oleh setiap insan . Perkembangan diri individu di peringkat ini wajar diiringi oleh kefahaman tentang iman dan islam yang lebih sempurna dan bermakna . 



    "PADA TAHAP BALIGH , SEGALA AMAL PERBUATAN BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN ISLAM MULA DIPERHITUNGKAN"


    Malaikat Raqib a.s akan mencatat setiap kebaikan dan malaikat 'Atid a.s mencatat setiap kemungkaran dan dosa yang dilakukan .



    TANDA - TANDA BALIGH


    Jika seorang anak lelaki telah mencapai usia 12 hingga 15 tahun , maka pendidik dan ibu bapa mestilah menjelaskan kepadanya tentang tanda - tanda baligh


    TANDA - TANDA BALIGH BAGI LELAKI 

    Apabila keluar air mani (sudah punya syahwat) melalui mimpi yang lain daripada biasa . Mulai saat itu si anak telah baligh (cukup umur) dan mukalaf (dibebani) oleh hukum - hukum syarak sepertimana halnya orang dewasa .


    Bagi anak perempuan pula , penjaga juga mestilah menjelaskan kepada anak gadis tentang tanda baligh apabila ia berusia sembilan tahun ke atas 


    TANDA - TANDA BALIGH BAGI PEREMPUAN 


    Apabila mendapati darah haid keluar dari kemaluannya , bererti ia telah baligh dan mukallafah .
    Kadangkala tanda baligh anak gadis bukan melalui keluar darah haidnya . Ada juga anak gadis yang tanda balighnya melalui mimpi .
    Hal ini dapat dikesan jika mendapati air halus berwarna kuning pada kainnya apabila ia sedar daripada tidur (setelah mengalami kelainan mimpi daripada biasa)



    Apabila melangkah ke alam baligh anak lelaki perlu diberi bimbingan yang sempurna oleh ibu bapa atau pendidik supaya melaksanakan mandi hadas untuk mengangkat hadas besarnya . Sementara anak gadis pula diberi bimbingan dan ingatan supaya mandi hadas setelah selesai tempoh haid sesingkat 1 hari dan maksimum 15 hari . Dengan bermulanya alam baligh bagi lelaki dan perempuan ini , maka berkewajipanlah mereka menunaikan segala hak dan tanggungjawab sebagaimana yang disyariatkan oleh islam seperti menutup aurat dan menjauhi pergualan bebas . 


    CARA PEMAKAIAN MENUTUP AURAT BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN 




    Nilai kehidupan manusia yang dipilih sebagai khalifah Allah di bumi ini mengatasi nilai kehidupan sejagat yang lain . Sebagai makhluk pilihan , nilai kehidupan insan itu didasarkan kepada satu tanggungjawab utama iaitu untuk menjuruskan segala perlakuan dan secara sepenuhnya terhadap Allah swt , menerusi tatacara kehidupan yang dibawa oleh Rasulullah SAW .


    KEPENTINGAN KONSEP SYAHADAH

    "TIADA NILAINYA SEGALA BENTUK KEMEWAHAN DAN KESENANGAN DUNIAWI INI TANPA PENGABDIAN DAN KEPATUHAN TERHADAP ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW"



    Oleh itu , sesuailah islam menetapkan syahadah sebagai teras atau tunjang keislaman yang perlu diucapkan , diimani , dihayati dan diamalkan selama mana seseorang itu melayari bahtera hidup di bumi Allah ini .
    Kanak - kanak yang telah menjejakkan kaki ke alam baligh bererti telah cukup umur dan sempurna akal atau mukallaf . mereka perlu diajar dua kalimah syahadah , didorong melakukan amalan soleh dan semua ibadah yang wajib serta meninggalkan segala larangan Allah .




    INDAHNYA HIDUP BERMASYARAKAT