//NuramirahAz
The Intro
Entries About Stuff





Contact me


  • tabung
  • bantu saya ye ?

  • my best entry
    get this widget here
    My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM


  • my Love Followers

    HUKUM BERGURAU MERENDAHKAN DAN MENYAKITKAN HATI ORANG LAIN
    7 Nov 2013 • comment • Add comment {0}


     so entry kali ini saya nak share tentang hukum bergurau merendahkan dan menyakiti orang lain sama ada mengejek mahupun memerlinya secara lansung ataupun tidak lansung. Di dalam Islam, tidak salah kita hendak bergurau bersama-sama sahabat, keluarga atau sesiapa sahaja. Cuma digariskan oleh Islam supaya kita mengelak dari mengejek, mengumpat, memerli mahupun merendah-rendahkan orang tersebut dan tak lupa juga berdusta ataupun bercakap bohong dalam bualan kita.


    Usik-mengusik sesama rakan mahupun keluarga jangan sampai mengguris perasaan. Kehidupan zaman ini memaksa manusia mengejar masa serta menyelinap segenap ruang yang ada bagi memenuhi tuntutan rohani dan material menyebabkan kurangnya waktu diperuntukkan untuk bersantai menjalin hubungan silaturahim sesama sendiri.

    Usahkan dengan jiran tetangga, malah ahli keluarga sendiri pun ada kalanya payah untuk bergurau senda. Ada kala lucu pula apabila mengingatkan betapa pergerakan manusia hari ini terbatas oleh tuntutan tanggungjawab melampaui masa yang ada. Justeru, ramai yang memaksimumkan manfaat hubungan maya untuk melanjutkan komunikasi dan bertanya khabar. Malah, ada ibu bapa yang hanya sempat bertegur sapa dengan anak di laman sosial saja.

    Saya tidak bermaksud melanjutkan bicara mengenai komunikasi era ini, tetapi naluri manusia memerlukan gurau senda untuk mengeratkan hubungan baik dan merapatkan silaturahim. Bukan saja mengelakkan kesunyian, gurau senda juga memudahkan komunikasi, membuatkan bicara tidak formal. Walaupun gurau senda membantu menguatkan kasih sayang, ia juga boleh meranapkan silaturahim jika gurau senda menyebabkan ada pihak berkecil hati. Ada antara kita bergurau tanpa menyedari ada hati terluka.

    Sebab itu banyak contoh ditonjolkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat mengenai gurau senda yang membuatkan orang ketawa dan berkisar kepada perkara yang benar. Rasulullah SAW tidak mencipta kisah lucu yang sia-sia semata-mata untuk membuatkan orang ketawa kerana Baginda takut ketawa menyebabkan umat Islam lalai daripada mengingati Allah.

    Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)

    Jangan berlebihan dalam bergurau senda sehingga menyebabkan ada orang terasa dirinya diaibkan atau dijadikan misalan sehingga memalukan dirinya. Sebaliknya, gurau senda dijadikan salah satu cara menghiburkan hati yang lara atau menyenangkan orang berduka.

    Tetapi perlu diingat, gurau senda itu mestilah berkenaan perkara yang benar. Gurauan boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala atau dosa. Contohnya, jika gurauan boleh menyenangkan hati, mengeratkan silaturahim dan perpaduan serta kasih sayang, maka gurauan itu menjadi perbuatan baik yang diganjarkan dengan pahala dari Allah SWT.

    Sebaliknya jika gurauan menjadi alasan untuk menyakitkan hati seseorang, ia sudah tentu menjadi perbuatan yang dikutuk Allah SWT. Jangan pula tabiat bergurau senda untuk menyakitkan hati orang lain menjadi kebiasaan menyebabkan seseorang itu tiada rasa bersalah mengutuk atau menghina.

    Firman Allah yang bermaksud: 



    Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu puak daripada lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain kerana harus puak dicemuh itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan lain kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan buruk sesudah dia beriman dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang yang zalim.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 11)

    Contoh paling baik ialah gurauan Rasulullah SAW kerana Baginda masih mengekalkan had dan batasan antara lelaki dan wanita serta menyelitkan unsur nasihat bertujuan mengingatkan manusia kepada Allah. Sudah tentulah gurau senda tetap tidak mengizinkan perlakuan tidak manis antara lelaki dan wanita, seperti menyebut perkataan memalukan mana-mana pihak, menghina atau meniru suara atau kata-kata orang lain dengan niat merendah-rendahkan atas faktor perbezaan jantina.

    Antara senda gurauan Rasulullah SAW seperti diceritakan al-Hasan, seorang perempuan tua datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga. Maka Rasulullah SAW bersabda: Wahai ibu pulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera Rasulullah SAW bersabda: Khabarkan kepada perempuan itu sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.”

    Lalu dibacakan firman Allah SWT yang maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta sebaya umurnya.”Dalam Islam, bergurau boleh jatuh dalam kategori halal dan haram. Sebagai contoh, adalah sesuatu yang dilarang untuk berbohong; selanjutnya jika sebuah gurauan terdiri dari sesuau yang tidak benar (kebohongan) maka itu haram. Sebagai tambahan, sebuah gurauan dibolehkan jika itu tidak mengandungi sesuatu kedurhakaan pada Allah swt., tidak berunsur seksual atau pembohongan.

    Al-Mudaa’abah adalah berasal dari kata da’bah, yang berarti berkata lembut, ramah, sopan dan kalimat lucu dalam sebuah perbincangan; sebagai contoh, bila mengatakan kepada isteri kita, ‘kamu kelihatan lebih muda setiap hari!’ dan sebagainya.

    Al-Mudaa’abah boleh digunakan dalam sebuah situasi, atau kejadian, dengan tujuan untuk memberikan keceriaan pada seseorang. Sebagai contoh, untuk bergurau dengan seseorang yang sedang sakit adalah sedekah (membuat wajahnya tersenyum).

    Bergurau itu diharuskan

    Keadaan yang membawa untuk gurauan adalah bahawa seseorang hanya boleh bergurau jika tidak menyakiti perasaan orang lain, tidak mempengaruhi kehormatannya atau melanggar syari’ah.

    Telah diriwayatkan bahwa Al-Imaam Ibnu Hajar Al-‘Asqalaani r.h. berkata:

    “Seseorang yang bergurau untuk mengajar (agama) akan menerima pahala.”

    Rasulullah saw. sesekali juga pernah bergurau, sebagaimana hal tersebut juga dilakukan oleh Sahabat, Tabien dan Tabik Tabien. Tidak ada sama sekali ucapan yang keluar dari mulut Rasulullah kecuali itu adalah wahyu. Bahkan gurauan baginda juga menepati kehendak dari Allah swt.

    “Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An Najm 53: 3-4)

    Tidak wajib bagi orang-orang yang beriman dalam keadaan serius sepanjang waktu. Hal tersebut adalah Sunnah dari Rasulullah saw. dan Sahabat untuk bergembira dan membuat orang lain tersenyum dari waktu ke waktu. Dalam hal ini, seseorang juga harus menghindari sesuatu menjadi sangat serius (pada tingkatan di mana mereka berhadapan dengan kesedihan) atau menjadi sangat beremosi; tetapi kita harus mengimbangi keduanya.

    Orang-orang yang berkata dengan bergurau boleh masuk dalam keharaman bila membuat fatwa tanpa rasa takut pada Allah swt., dan mereka tidak mempunyai hak atau kedudukan untuk melakukan yang demikian. Secara ringkasnya, bergurau itu dibolehkan kecuali yang mengandung penipuan, menfitnah, mengkhianat, mengumpat, menghina dan sebagainya


    Menghina orang ataupun mengejek-ejeknya adalah haram menurut syara’. Allah telah berfirman:

    “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina. Dan jangan pula kaum perempuan menghina perempuan yang lain, barangkali mereka yang dihina itu lebih baik dari mereka yang menghina.”   (Al-Hujurat: 11)

    Yang dimaksudkan dengan penghinaan, ialah memandang rendah atau menjatuhkan taraf orang lain, ataupun mendedahkan segala keaiban-keaiban dan kekurangan-kekurangan mereka dengan tujuan menjadikannya sebagai bahan tertawaan. Ini boleh berlaku dengan menceritakan perihal orang dalam tutur katanya, dalam perilakunya ataupun dengan cara-cara lain yang boleh menunjukkan maksud dan tujuan yang sama. Punca utamanya ialah merendahkan diri orang lain, atau menjadikannya sebagai bahan tertawaan di mata orang ramai, menghina dan memperkecilkan kedudukannya.
    Dalam hal ini, Allah telah mengingatkan kita seperti dalam firmanNya di atas: Mungkin sekali yang dihina itu lebih baik dari yang menghina, yakni jangan kamu merendahkan atau memperkecilkannya, sebab mana tahu barangkali orang itu lebih mulia dan baik dari kamu.
    Dan kelakuan semacam ini, hanya dilarang terhadap orang-orang yang akan merasa tersinggung hatinya, bila ditujukan penghinaan serupa itu. Tetapi jika orang itu memang bersedia untuk menerima penghinaan, ataupun ia redha dijadikan dirinya sebagai bahan tertawaan orang, umpamanya ia merasa senang bila ditertawakan orang, maka penghinaan yang ditujukan kepadanya itu dikira sebagai senda gurauan saja. Dan mengenai senda gurauan pula, telah pun dijelaskan hukumnya, mana satu yang dicela atau dilarang, dan mana pula yang dikira baik atau dipuji.
    Adapun penghinaan yang diharamkan itu, ialah apabila orang yang ditujukan penghinaan itu merasa kurang senang dan akan menjadi marah, disebabkan dirinya direndahkan ataupun diejek-ejek seperti yang sering juga berlaku bila seseorang mentertawakan percakapan orang lain kerana percakapannya salah, atau tidak teratur, ataupun ia mentertawakan kelakuannya tunggang balik dan tidak sempurna, ataupun seperti mentertawakan ingatannya yang selalu terlupa, atau terhadap rupa bentuknya disebabkan ada cacat padanya. Mentertawakan terhadap semua hal-hal yang dalam contoh-contoh di atas adalah terlarang dalam syara’
    Wallahua'lam. Moga dapat mengambil ibarah dan manfaat.


    Jazakumullahukhair dan Syukran Jazilan For Sharing and Reading