//NuramirahAz
The Intro
Entries About Stuff





Contact me


  • tabung
  • bantu saya ye ?

  • my best entry
    get this widget here
    My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM


  • my Love Followers

    akhlak sifat mahmudah dan mazmumah
    25 Nov 2013 • comment • Add comment {0}



    Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji iaitu berlandaskan Al-Quran . Apabila Siti Aisyah r.ha . ditanya mengenai akhlak baginda , maka jawabnya 

    maksudnya : " Rasulullah SAW memmiliki budi pekerti Al-Quran"
    ( riwayat al - bukhari dan muslim )


    Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW : 

    maksudnya : "Agama itu ialah kemulian budi pekerti"



    Risalah islam bermatlamatkan akhlak mulia dan terpuji . Diriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah SAW yang bersabda :


    " sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"

    juga dalam firman Allah SWT :



    " bukanlah menghadapakan wajah mu ke arah timur dan ke barat  itu sesuatu kebaktian , akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebaktian orang yang beriman kepada Allah , hari kiamat , kitab - kitab , malaikat - malaikat , nabi - nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya , anak - anak yatim , orang miskin , orang musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang yang minta - minta dan ( memerdekakan ) hamba , mendirikan solat , menunaikan zakat dan orang yang menepati janji dan orang yang sabar dalam kesempitan , penderitaan dan dalam peperangan , mereka itulah orang benar (imannya) dan mereka itulah orang yang bertaqwa .(surah al - baqarah : 177)


    Akhlak yang mulia merupakan tanda dan natijah iman yang sebenar . Manakala Islam pula meletakkan akhlak sebagai inti pati segala ibadat .

    Perbincangan tentang akhlak tidak dapat dipisahkan dalam perkataan sifat - sifat mahmudah (terpuji / taat yang batin ) dan juga sifat - sifat mazmumah ( tercela / maksiat yang batin ) . Untuk itu hajjatul islam imam al - Ghazali dalam salah sebuah kitab utamanya Hidayatus Salikin telah mengupas secara terperinci sifat - sifat ini .



    SIFAT - SIFAT MAHMUDAH  (TERPUJI)







    Dibawah ini dihuraikan sifat - sifat mahmudah secara ringkas .




    • taubat 
    Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa - dosa besar , melalui jalan ilmu , penyesalan dan niat (qasad) untuk tidak mengulanginya .

    Firman Allah :

    maksudnya : " dan bertaubatlah kamu kapada Allah wahai sekalian orang mukmin , semoga kamu mendapat kemenangan " 

    surah al - nur : 31 







    HAMBA ALLAH YANG MENDERHAKA ATAU BERDOSA , JIKA DIA BERTAUBAT DAN MEMPERBANYAKKAN AMALAN SOLEH , NESCAYA TAUBATNYA AKAN DITERIMA ALLAH .








    • Takut akan Allah 
    Apabila seseorang Muslim itu menganali zat Allah melalui mengenal sifat -sifatnya , maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah . Firman Allah SWT :


    " sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah ialah hamba - hambanya yang berilmu (ulama) .
     surah fatir : 28 



    Dengan adanya perasaan takut terhadap Allah ini , akan membantu seseorang muslim itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan segala perbuatan yang dimurkai - Nya .


    • mahabbah
    kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh rasulullah SAW .

    maksudnya : jika kamu (benar - benar ) mencintai Allah , ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa - dosa mu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang . (surah ali imran : 31 )




    • zuhud 
    satu corak kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meningalkan semua perkara yang tidak baik .





    • sabar
    Firman Allah : 

    maksudnya : dan kami (Allah) akan memberikan balasan kepada orang yang bersabar itu pahala , menurut apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaik - baiknya 
     (surah al - nahl : 96)



    sabar begitu sukar untuk dipraktikkan kecuali oleh orang yang kuat imannya dan tabah menghadapi segala keadaan . Misalnya , sabar atas ketaatan seperti mengerjakan solat , mengeluarkan zakat , berpuasa dan sebagainya . Di samping itu , sabar dalam menjauhi maksiat juga diutamakan seperti menjauhi sifat sombong ,  mengumpat , bercakap yang sia-sia dan lain-lain . 

    Seterusnya , bersabar atas kecelakaan dan musibah yang menimpa sperti penyakit , kemarau , kekurangan makanan dan sebagainya . 



    • Syukur

    Firman Allah : maka ingatlah aku , nescaya aku akan mengingati mu dan syukurilah nikmat-ku dan jangan sesekali kamu kufur (lupakan budi-ku ) .
    (surah al - baqarah : 152 )




    Firman Allah SWT : dan ingatlah tatkala tuhan kamu memberitahu : " Demi sesungguhnya , jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmat-ku kepada kamu , dan demi sesungguhnya , jika kamu kufur ingksar sesungguhnya azab-ku amatlah keras " .
    (surah ibrahim : 7 )



    Syukur itu meliputi ilmu , amalan dan susana . ilmu itu adalah dengan mengenal Allah Taala menerusi 
    nikmat-Nya . Amalan adalah dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah Taala . Suasana pula ialah menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang dikecapi .


    MANUSIA PATUT BERSYUKUR ATAS NIKMAT - NIKMAT LAIN SEPERTI KESIHATAN , REZEKI , KEMUDAHAN HIDUP , KURNIAAN PANCAINDERA DAN SEBAGAINYA .



    • ikhlas dan benar 
    Mereka yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang ikhlas . Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini , amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia .
    Amalan ikhlas dan suci dalam perbuatan , tutur kata dan ibadat akan dapat mendekatkan diri insan kepada Allah SWT .

    Firman Allah SWT : kecuali orang yang bertaubat , membuat kebaikan dan berpegang teguh kepada Allah serta mengikhlaskan agamanya kerana Allah .
    (surah al - Nisa : 146)



    Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada nab SAW :

    sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebajikan dan kebajikan itu membawa ke syurga 
    justeru itu , benar yang berlandaskan syariat Allah itulah yang hakiki dan bukan benar menurut kaca mata manusia .



    • tawakal 
    Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya kepada Allah setelah berazam . Seterusnya diikuti dengan usaha .


    Allah berfirman : apabila kamu berazam , (bermaksud mengerjakan sesuatu ) maka bertawakallah kepada Allah .
    (surah ali 'imran:159)


    Firman Allah : (iaitu) orang (yang mentaati Allah dan rasul ) yang kepada mereka ada orang yang mengatakan : "sesungguhnya orang (quraisy) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu , kerana itu takutlah kepada mereka '' , maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab : '' cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik - baik pelindung ''
    (surah ali 'imran : 173)



    • Redha dengan qadak Allah SWT
    ia merupakan salah satu daripada sifat - sifat mahmudah . Segala ketentuan Allah sama ada baik ataupun buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin . Tidak ada penyesalan atau keluh kesah menerima apa - apa sahaja ketentuan yang berlaku .
    Bukanlah suatu yang mudah untuk mencapai muqam atau tingkatan iman yang sebergini tinggi . Namun dengan didikan rohani yang bersungguh , lambat - laun sifat murni ini akan dapat dimiliki juga .

    Firman Allah : Allah telah reda akan mereka , dan mereka pula redha dengan Allah , itulah sifat orang yang takut akan Tuhanya .
    (surah al-bayyinah:8)

     


    • Mengingati Mati
    Sifat mahmudah yang akhir menurut imam al - Ghazali ialah sentiasa mengingati kematian . Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Nabi SAW yang bermaksud :

    "SEPINTAR - PINTAR MANUSIA IALAH ORANG YANG SENTIASA INGAT PADA MATI DAN SENTIASA BERSEDIA MENGHADAPINYA , MEREKA ITULAH ORANG YANG BIJAKSANA . "


    Firman Allah : katakanlah bahawasanya maut yang kamu sekalian ingin lari daripadanya itu pasti mendatangi kamu , kemudian kamu sekalian akan dikambalikan kepada zat yang maha mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata . Kelak dia akan memberitahu kamu segala yang telah kamu lakukan .
    (surah al - jumu'ah : 8)


    Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini , insan mukmin (mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa .









    sekian dari admin untuk entry kali ini iaitu  akhlak sifat mahmudah dan mazmumah insyaAllah entry yang berikutnya ialah sifat mazmumah (tercela) akan admin update ye ? . BTW , enjoy for this entry ;)