//NuramirahAz
The Intro
Entries About Stuff





Contact me


  • tabung
  • bantu saya ye ?

  • my best entry
    get this widget here
    My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM


  • my Love Followers

    PURDAH
    13 Sep 2013 • comment • Add comment {1}




    Hari ni tiba-tiba tangan saya tengah rajin nak menghapdet blog pulak instead of baca buku law and society tu. yelah.. exam lagi berapa hari. hahaha. relax betul aku ni. hmm.. hilangkan tension kejap. Okay! let go to the topic!

    Hari ni hatiku tiba-tiba terdetik hendak berbicara mengenai sehelai kain yang digunakan wanita untuk menutup separuh wajahnya atau lebih dikenali sebagai purdah. Purdah pada asalnya untuk mengelakkan fitnah dan amatlah digalakkan bagi muslimah akhir zaman ini untuk memakai purdah(mengikut mazhab imam syafie). TETAPI...

    sejak akhir-akhir ni, aku nampak ramai wanita hendak memakainya kerana hendak kelihatan cantik.

    NAMPAK TAK?

    nampak tak apa maksud aku tu? niat untuk mengelak fitnah akhirnya ter'TWIST' jadi nak nampak cantik lantaran manusia-manusia akhir zaman ni secara rasminya telah mengobjektifkan makna cantik tu. Tak faham?

    Macam ni.. Melalui pemerhatian aku, ramai lelaki sukakan wanita yang berpurdah asbabnya mata diorang cantik lebih-lebih lagi yang pakai celak. Apabila statement seperti itu menjadi fakta, ianya menyebabkan ramai wanita-wanita yang kuraang yakin dengan dirinya hendak menjadi cantik dengan memakai purdah(atau cara lain selain purdah) Akhirnya, purdah dipakai dengan niat hendak menjadi cantik. Dan berikutan itu, akan ramailah wanita-wanita ini akan mempost gambar mereka berpurdah especially dekat facebook. And ramailah kaum-kaum adam memujinya "Subhanallah.. cantik sungguh ciptaan Allah ini.", "Anti ni cantiklah ;D","fuhh!!kalau jadi bini aku pun boleh gak ni"

    Berlainan halnya pula apabila berkaitan dengaan isu kahwin atau nikah. Berkemungkinan besar lelaki itu menikahi wanita yang berpurdah ini berasbabkan kecantikannya bukan kerana agama. Nauzubillah.. Hakikatnya tidak semua sri kandi yang memakai purdah itu memiliki karakter yang aku sebutkan tadi, mungkin hanya segelintir and tak sampai pun setengah tu. Tapi harapnya mereka-mereka yang berpurdah untuk cantik tu berubah lah. Aku akui yang aku pun pernah menjadi salah seorang macam mereka-mereka ni(tapi kadang-kadanglah, tu pun aku privatekan bagi orang tak dapat nak like atau komen) tapi sejak kawan aku tegur, aku dah tak pakai purdah untuk suka-suka sampai sekarang ni. And hakikatnya aku memang tak pakai purdah tapi menunggu waktu yang sesuai yakni tunggu hati aku betul-betul nak berpurdah ikhas kerana Allah.

    Sebenarnya tulah permainan syaitan laknatullah. Hatta wanita yang menutup aurat dengan sempurna pun dia boleh hias mata-mata ajnabi dengan pandangan yang bertentangan dengan yang sepatutnya.Aku cakap ni hanya sekadar coretan ikhlas dari qalbu, takda niat hendak mempertikaikan keikhlasan niat depa yang pakai purdah tu. Hangpa semua tolonglah doakan aku ni terbuka hati nak pakai purdah seikhlas-ikhlasnya. Kalau ada yang tersalah silap sasul sesal tu, harap maafkan lah yee. Yang baik semua dari Allah, segala yang tak baik tu memang salah akulah.