//NuramirahAz
The Intro
Entries About Stuff





Contact me


  • tabung
  • bantu saya ye ?

  • my best entry
    get this widget here
    My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM


  • my Love Followers

    membuat purdah
    6 Ogo 2013 • comment • Add comment {0}
    KLIK PADA GAMBAR UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS



    Pertama :


    Kita biasanya beli 1.75 meter atau 2 meter kain untuk membuat tudung. Jadi, lebihan kain yang dibuat tudung tadi kita jangan buang, kita buat niqabnya pula.












    langkah kedua :


    Kain tadi dipotong dengan ukuran 35cm x 27cm (Ukuran berbeza mengikut keselesaan sahabat-sahabat, kalau nak labuh, maka panjangkan ukuran tinggi: 35cm). Maksudnya di sini antunna kena potong panjangnya dalam 70cm. Kemudian, lipat kain tadi kepada 2 bahagian yang sama panjang dan lebarnya iaitu 35cm x 27cm. Lipat dua je, tak susah pun. Satu akan dijadikan bahagian dalam dan satu lagi akan dijadikan bahagian luar.






    langkah ketiga :

    Bahagian dalam dipotong sebanyak 5 cm (di bahagian bawah, bukan atas).








    I

    nilah hasil dari step 3 tadi.










    langkah keempat :

    Selepas itu, lipat kain tadi menjadi dua bahagian lagi (segiempat tepat) dan potong hujung bahagian luar menjadi curve. Kalau ada diantara antunna yang nak buat empat segi biasa je, pun tiada masalah, jadi tak payahlah potong.








    Ini hasilnya dari step 4 tadi apabila selesai dipotong.










    l
    angkah kelima :


    Ulang step 4 pada kain bahagian dalam pula. Potong curve atau hanya dibiarkan.










    Ini pula hasil dari step 6.








    langkah ketujuh :


    Pasangkan getah di bahagian hujung/penjuru kedua-dua hujung niqab. Panjang getah mestilah mengikut kesesuaian dan keselesaan para sahabat. Ni untuk sokongan..gantung kat belakang kepala.








    Ini dia jadinya bila dah siap menjahit kedua-dua belah niqab dengan getah.










    Akhirnya, siaplah niqab yang antunna jahit. Hujung kain tu pandai-pandai antunna la nak kelim ke, nak guna api lilin ke..janji kemas...