The Intro
Contact me
tabung
my best entry
My Tagboard
my Love Followers
| Hukum onani dan kesannya 29 Apr 2013 • comment • Add comment {0}
Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna”(onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ “Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki,maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”(Al-Mukminun: 5-7).
Masalah ini seakan-akan menjadi perkara biasa kepada golongan lelaki namun tidak semuanya.Selepas terbiasa dengan kelakuan seperti ini,seseorang lelaki itu akan mendapati ia sukar dikawal atau sukar diberhentikan.
Dari sumber info mengatakan lelaki yang melakukan onani,perkara lain pula timbul.Anda akan diberitahu pelbagai perkara negatif mengenai tabiat berkenaan seperti:
Selepas selesai,sistem berkenaan dan badan anda secara menyeluruh menjadi lemah.Di samping itu produk rangsangan seksual seperti Beta-endorfin, Oxitocin dan pelbagai lagi kimia 'neuro' yang tercurah dalam sistem kardio-circular anda turut memberi perasaan seronok dan khayalan. Bahan ini mudah ditagih dan mendorong anda untuk melakukan lagi amalan onani.Anda boleh bayangkan kesudahannya jika perkara itu diulangi secara kerap.Tentu anggota tubuh badan yang terbabit dalam proses itu akan tertekan. Cara menyelesaikan masalah ini atau sekurang-kurangnya memberi peluang kepada sistem tubuh badan yang tertekan akibat onani keterlaluan menjadi lega dan berfungsi dengan sempurna ialah apabila amalan itu dihentikan atau dikurangkan secara beransur-ansur.
Jika rasa tidak memiliki kekuatan minda, emosi dan fizikal untuk melakukannya,anda boleh mendapatkan bimbingan kaunselor.Usah biarkan tabiat onani menakluki anda.Lawan dan segera mengawalnya dengan aktiviti riadah bermanfaat .
|