//NuramirahAz
The Intro
Entries About Stuff





Contact me


  • tabung
  • bantu saya ye ?

  • my best entry
    get this widget here
    My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM


  • my Love Followers

    tertutupkah aurat ? jika sekadar berhijab ?
    1 Nov 2012 • comment • Add comment {0}
    Photobucket


    beberapa hari lalu, seorang kawan facebook (FB) meng-update statusnya "senang untuk mencari wanita yang bertudung, tetapi susah mencari wanita yang menutup aurat"

    Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.






    status kawan FB itu membuatkan aku berfikir sejenak, bahkan sampai ke hari ini. aku masih berfikir. bisik hati "aku memang pakai tudung pun, tidak pernah aku meninggalkan tudung jika keluar bersama rakan-rakan & family. tapi?"


    tertutupkah aurat ku sebagai seorang wanita?

    Aurat wanita adalah keseluruhan tubuhnya (dari hujung rambut sehingga hujung kaki) kecuali wajah dan pergelangan tangannya. Wanita ditegah bersuara menggoda dan manja kerana suara itu aurat. Memakai pakaian dan mekap secara berlebihan sehingga membuat lelaki tertarik adalah Tabarruj dan ia dilarang Islam. Meninggikan sanggul seperti bonggol unta juga tidak dibenarkan Islam. Wanita dilarang memakai pakaian ketat (membalut aurat) dan diwajibkan melonggarkan pakaian. Wanita wajib melabuhkan tudungnya menutupi dada. Wanita ditegah mengenakan apa-apa yang mendatangkan bunyi pada kaki (contoh gelang loceng atau kasut yang tapaknya tidak bergetah) kerana ia akan menarik perhatian kaum lelaki.







    sejak berumur 10 tahun, aku sudah dibiasakan bertudung terutama ke sekolah, sehingga ke hari ini, tidak pernah terlintas untuk aku keluar berjalan-jalan tanpa hijab ku. persoalan itu timbul lagi. "aku menutup auratkah selama nie?" mungkin ya mungkin juga tidak. aku masih seorang remaja dan masih mentah di dunia ini. terfikir tentang cara berpakaian aku selama ni, tidak dinafikan, memang adakala nya pakaian ku agak ketat dan menunjukkan susuk tubuh. bukan tidak pernah terfikir untuk mengubah cara berpakaian, tapi niat ku seolah-olah terbatas dan terhalang. hari demi hari aku cuba perbaiki diri. mula-mula cara berhijab. dulu, hijab yang aku pakai sering aku naikkan atau 'kecil' (seperti kesalahan A, cuma aku tidak berskirt). kini, rasanya sekarang lebih baik, hijab ku turunkan dan ku labuhkan sedikit.

    fikiran ku masih diganggu 'tertutupkah auratku?" atau sekadar 'membalut aurat' ya Allah, bantu aku dalam mengubah kehidupan di dunia menjadi lebih baik dari sebelumnya. aku tidak mahu menjadi wanita yang hanya berhijab tapi tidak menutup aurat. mohon doa daripada anda yang membaca.