//NuramirahAz
The Intro
Entries About Stuff





Contact me


  • tabung
  • bantu saya ye ?

  • my best entry
    get this widget here
    My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM


  • my Love Followers

    sikap pelajar yang boleh cemerlang
    28 Nov 2012 • comment • Add comment {0}
    Photobucket




    amira selalu berangan nk jadi pelajar cemerlang , bkn xpernah amira jd pelajar cemerlang , pernah time tadika dgn sekolah rendah dlu , tp bila naik je sekolah menenggah amira malas dan hilang harapan untuk jd pelajar cemerlang mungkin ade faktor2 tertentu yg buad amira mcm tu , ye skrg amira dh twu apa yg jdkn amira mcm nie , sekarang amira nk berubah ! :)



    Pelajar yang baik dan cemerlang sentiasa menjadi contoh dan ikutan dalam hal-hal kebaikan dan kecemerlangan. Dengan itu perlu kita menunjukkan contoh yang baik kepada penuntut lain sebagai ikutan kepada para pelajar yang lain. Semua penuntut merupakan sebahagian daripada masyarakat dan mempunyai peranannya yang penting dalam membentuk generasi dan membina keluarga serta membentuk masyarakat sepertimana yang dikehendaki islam. Berikut adalah antara pesanan-pesanan dan panduan yang boleh dihayati dan diamalkan oleh setiap pelajar yang inginkan kejayaan sebenar dan menyeluruh, bukan sekadar kecemerlangan akademik semata-mata.
    Pesanan pertama kepada pelajar muslim bahawa mereka mesti memperbetulkan niatnya. Di kalangan kebanyakan penuntut, tujuan mereka belajar ialah untuk mendapatkan sijil yang dengannya mereka boleh memegang jawatan dan bekerja bagi mendapatkan sara hidup. Tetapi apa yang kita kehendaki supaya niat ia belajar ialah untuk memberikan sumbangan terhadap agama, mendapat ilmu dan masyarakat serta mengisi ruang pengkhususan yang diperlukan oleh masyarakat kerana islam menggalakkan kita supaya menuntut ilmu dan melaksanakan kewajipan menjadi Khalifah di buka bumi serta memakmurkannya. Niat yang begini akan menjadi salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah dan akan diberi pahala atas segala usaha, masa dan harta yang digunakan. Pelajar cemerlang juga mesti berusaha sedaya mungkin untuk menjadi ahli-ahli yang pakar di dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan untuk pembangunan negara.
    Pelajar yang cemerlang juga hendaklah membetulkan pandangannya kepada pelajaran dan bukan semata-mata penguasaan akal tentang maklumat-maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab di dalam peperiksaan di akhir tahun, tetapi yang di tuntut ialah dapat menyediakan peribadi terpelajar yang membina ilmunya, boleh memberi faedah kepada kehidupan manusia, juga ia hendaklah mengetahui tentang sejauh mana hubungan apa yang dipelajarinya dengan kehidupan. Pelajar juga perlu mengetahui bahawa pendidikan akhlak adalah perlu didahulukan dari ilmu pengetahuan yang lain, dan di sana tidak ada yang lebih utama dari ajaran Islam dan adab-adabnya untuk melaksanakan pendidikan. Mereka juga hendaklah mengetahiui adab-adab Islam dan ajaran-ajarannya dan memaksakan dirinya untuk mengetahui, membiasakan diri dengan sifat benar, amanah, menunaikan janji, berlemah lembut dan mempraktikkan segala akhlak Islam serta menjauhkan diri dari akhlak yang keji. Perkara yang paling penting ialah menunaikan solah, berbuat baik terhadap dua ibu bapa, menghormati guru, menjaga hubungan baik dengan keluarga dan rakan-rakan.
    Pelajar yang baik juga mesti pandai memilih kawan dari kalangan kawan-kawannya. Ia seterusnya memilih kawan yang yang baik dan tidak berkawan dengan mereka yang jahat. Perhubungannya hendaklah sederhana dan dapat dikawal; jangan sampai membuang masa pelajarannya.
    Ia juga pandai di dalam memilih buku-buku atau majalah-majalah untuk merehatkan fikirannya. Pilihlah yang bersih dan yang berfaedah dan jauhkan daripada yang merosakkan serta mendatangkan dosa.
    Ia hendaklah memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelajaran kerana masa umurnya yang begitu adalah umur untuk belajar dan membentuk peribadi. Masa itu hendaklah dihabiskannya dengan sebaik-baiknya untuk pelajaran supaya selepas itu ia dapat menumpukan pula kepada kewajipan-kewajipannya selepas belajar.
    Keadaan rumah, sekolah atau bilik kelas, di meja dan tempat tidur hendaklah tersusun rapi dan teratur. Tempat letak pakaian, kitab-kitab dan nota-nota pelajaran mestilah teratur supaya tidak membuang masa untuk mencarinya bila diperlukan. Pelajar yang tidak sistematik akan menyebabkan pemikirannya juga tidak tenteram dan membuang masa dan tenaga untuk mencari peralatan yang diperlukannya.
    Masa hendaklah disusun dengan baik samada masa untuk belajar, mengulangkaji, tidur dan berusaha untuk mengikut waktu yang ditetapkan itu. Jangan biarkan masa itu dipengaruhi oleh keadaan dan urusan-urusan lain, alat-alat sebaran serta lain-lain perkara yang membazirkan waktu. Solah hendaklah ditunaikan apabila masuk sahaja waktunya, kerana menunaikan solah adalah sebagai memperbaharui tenaga dan memohon pertolongan dari Allah. Perlu diingat bahawa jangan menggunakan waktu tidur untuk belajar dan waktu belajar untuk tidur. Ramai pelajar yang tidak mengambil berat terhadap pelajarannya di awal pengajian dan masa dibuang begitu sahaja, mereka menggantikan masa yang dibuangnya itu di akhir tahun dengan berjaga sepanjang malam. Ini adalah satu kesalahan yang besar bagi pelajar yang baik dan patut dijauhinya. Waktunya mestilah diatur sejak dari awal pengajian lagi secara sederhana kerana dengan secara paksa akan menyebabkan kegagalan.
    Pelajar yang cemerlang hendaklah membiasakan diri dengan kebersihan dimulai dengan pembersihan dalaman, pembersihan hati dari dendam dan hasad, pemarah dan meninggi diri (takabbur), terpedaya dan setiap perkara yang dimurkai oleh Allah SWT. Hatinya hendaklah dipenuhi dengan sifat taqwa, kasih sayang, ikhlas, bersih hati, merendah diri (tawaddu`) dan setiap perkara yang diredhai Allah. Setelah itu hendaklah dijaga kebersihan pakaian, tempat tidur, tempat belajar, meja tulis dan buku-bukunya.
    Ia hendaklah mengutamakan menerima pelajaran terus dari guru-gurunya dan jangan ponteng kelas kecuali berlaku keuzuran yang kuat. Fikirannya hendaklah sentiasa peka ketika mengikuti ajaran guru, tidak terganggu dengan urusan yang lain, kerana jika ajaran guru itu tidak dapat dikuasainya, ini tidak akan dapat menolongnya. Banyak perbezaan yang ia akan alami jika ia tidak hadir ke kelas atau tidak mengambil berat kuliah guru, sudah semestinya ada di beberapa tempat yang kurang jelas atau tidak difahami dengan baik. Lebih baik lagi jika ia dapat membaca pelajaran tersebut sebelum diterangkan oleh gurunya. Ini akan memberi penguasaan yang baik dan dapat memberi tumpuan pada aspek pelajaran yang ia kurang faham.
    Ia hendaklah tahu bahawa setiap pelajaran itu ada hubung kait antara satu sama lain. Kebiasaannya sesuatu pelajaran itu sukar difahami jika pelajaran yang sebelumnya tidak difahami lagi. Oleh sebab itu jangan ada pelajaran yang tidak difahaminya. Kalau ini berlaku cepat-cepatlah pergi berjumpa guru atau kawan-kawan supaya dapat difahaminya dengan baik.
    Untuk memudahkan baginya menguasai seluruh pelajarannya di akhir tahun maka ia perlu membuat ringkasan bagi setiap bab dan isi-isi yang penting serta cabangnya dengan menggunakan perkataan yang mudah difahami. Dibuat rajah yang besar bagi setiap mata pelajaran, dan diingatkannya baik-baik, manakala penghuraiannya adalah sebagai isinya yang menutup rangka yang kasar itu. Setiap isi itu akan meelekat di atas rangkanya. Jika tidak ada rangka yang kasar itu isi-isi itu akan bercampur baur sesama sendiri menyebabkan badan manusia tidak terbentuk. Hendaklah menyakinkan diri sendiri bahawa percubaan ini adalah percubaan yang berjaya.
    Pelajar yang cemerlang hendaklah berusaha supaya dapat menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan mengatasi pelajar lain. Ini merupakan perkara yang dituntut dan satu kewajipan yang akan menggembirakan kedua ibu bapanya. Ia juga membuktikan bahawa penglibatannya di dalam kerja-kerja Islam tidak sekali-kali mengganggu pelajarannya bahkan mendorongnya mengatasi kawan-kawannya yang lain. Ini juga adalah sebagai salah satu bentuk dakwah kepada kawan-kawannya supaya mereka tidak bimbang penglibatannya dalam kerja-kerja Islam tidak akan mengganggu pelajaran dan masih boleh mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaannya ini yang akan menyebabkan kedua ibu bapanya melarangnya dari melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan.
    Ia hendaklah mencungkil bakatnya di dalam bidang yang boleh memberi manafaat dan memperingatkan sahabatnya supaya berusaha memupuk bakat itu untuk digunakan bagi kerja-kerja Islam. Ia juga hendaklah meminta nasihat ketika hendak memilih bidang pengkhususan bagi faedah kepentingan din.
    Pelajar yang cemerlang hendaklah sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan. Segala amalan, belajar, menjawab dalam peperiksaan hendaklah dimulakan dengan membaca Bismillahi Rahmanir Rahim dan memohon pertolongan daripada Allah. Ia hendaklah menunaikan kewajipan terhadap pelajaran dan mengulangkaji, kemudian bertawakkal kepada Allah, memulakan peperiksaan dengan hati yang tenang, menerima keputusan itu dengan menyucapkan Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah serta bersyukur kepada Allah sekiranya berjaya dan kembalikan segalanya itu kepada Allah atas pertolongan dan taufiqNya. Jika sebaliknya, jangan sempitkan perasaan dan jangan berdukacita dan katakan ini adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki. Ia boleh lakukannya dan boleh berusaha lagi dengan penuh keazaman dan ketenangan.
    Pelajar cemerlang juga hendaklah berpegang dengan apa yang telah tersebut dahulu iaitu bagi puteri / wanita hendaklah ia menjaga sifat kewanitaannya dan berpegang teguh dengan adab-adab islam seperti pakaian Islam yang sempurna dari segi rupa bentuknya dan menjauhkan apa yang dilarang dari berbagai jenis perhiasan yang dilarang. Ia hendaklah menjaga dirinya dari tempat yang menimbulkan keraguan dan percampuran, mengangkat suara dengan tinggi, ketawa kuat dan lain-lain sifat yang tidak layak bagi pelajar yang baik. Ia hendaklah berpegang dengan adab pemalu, bijak dalam memilih kawan perempuan serta mendalami masalah agama terutama yang berhubung dengan perempuan. Ia hendaklah melaksanakan peranannya sebagai pendakwah terhadap kawan-kawannya.