//NuramirahAz
The Intro
Entries About Stuff





Contact me


  • tabung
  • bantu saya ye ?

  • my best entry
    get this widget here
    My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM


  • my Love Followers

    janji roh kepada Allah
    1 Nov 2012 • comment • Add comment {0}
    Photobucket










    hidup sebagai hamba Allah yang bergelar 'manusia; pastinya sukar untuk kita lari daripada sikap pelupa. jika diteliti kehidupan manusia hari ini, sudah ramai yang mula lupa akan perjanjian pertama roh kita kepada Allah sebelum roh ditiupkan ke jasad.

    Allah (a.w) berfirman: ‘Dan ingatlah ketika Tuhan kamu menjadikan keturunan anak-anak (yakni, keturunan) Adam dari punggung (i.e. tulang sulbi) mereka. Dan (Tuhan) mengambil penyaksian mereka ke atas diri mereka (dengan berfirman): ‘Bukankah Aku Tuhan kamu?’ Mereka (yakni, roh) menjawab: ‘Bahkan! Kami mempersaksikan (Yakni, kami naik saksi dan mengakui Engkaulah Allah (a.w), Tuhan kami).’ Supaya tiada kamu katakan pada hari Qiamat nanti bahawa: 'Kami tertegah (i.e. tertegah dari memperhambakan diri dan mengerjakan segala perintah dan suruhanMu)dalam perkara ini.' (yakni, dari mengabdikan diri kepada Allah (a.w) (sejajar dengan tututuan Allah (a.w)).’ [Ayat 172, Surah al-A’raf].

    awal awal lagi sebelum dilahirkan kita ke dunia, kita sudah memiliki satu janji kepada Allah. Sungguh manusia mudah lupa pada janji. Janji untuk taat kepada Allah, menjalankan segala perintahNya, dan tidak menyekutukanNya. Tapi hakikat kehidupan manusia hari ini, sudah ramai yang tidak mengendahkan perintah Allah apatah lagi menyekutukanNya. masyaAllah.

    orang Islam bukan tidak sedar akan dosa besar jika menyekutukan Allah, tapi segelintir mereka seolah-olah tidak mempunyai rasa takut akan balasan Allah di akhirat yang pasti. Jika dilahirkan dalam keluarga Islam, kita beruntung kerana sejak lahir kita sudah didedahkan dengan ilmu agama Islam. ibu bapa juga menghantar kita untuk mendapatkan pendidikan agama yang lengkap agar menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi hamba yang taat kepada Tuhan nya.

    namun, jika ilmu sudah diberikan tetapi masih tidak mahu mempraktikkannya, apalah guna. sesuatu ilmu dipelajari bukan untuk hanya dibanggakan tetapi untuk diamalkan. jangan disembunyikan ilmu didada, taburlah ia untuk kebaikan diri dan bangsa.

    buat yang terlupa juga khusus buat diriku : saat roh ingin ditiup ke jasad dan lahir didunia sebagai hamba Allah yang satu, setiap daripada kita sudah berjanji bahawa Allah adalah Tuhan kita dan akan mengabdikan diri kepadaNya. Janji ini pasti akan dituntut Allah di akhirat kelak. Mungkin didunia kita merasa bebas tanpa diperhatikan, tapi ingat Allah sentiasa memerhati tindakan kita bahkan apa yang terkandung dalam fikiran juga diketahui oleh Allah. renung-renungkan apakah kita masih berpegang pada janji atau sudah jauh melupakan janji kita kepada Allah.

    sumber : yayasan ilmu