The Intro
Contact me
tabung
my best entry
My Tagboard
my Love Followers
| hukum suami isteri mandi bersama 22 Nov 2012 • comment • Add comment {2}
Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam
kehidupan suami isteri. Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagirasa kasih suami isteri.
Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah
sallallahi‘alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan;Maksudnya;“Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kamisama-samaberselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)” (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)
Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri
oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan bergantigantian.
Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah
atau disebut sebagai mandi wajib.
Dalam hadis riwayat ImamMuslim, ada dinyatakan;
Maksudnya;“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub” (Sahih Muslim : 482)
Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti
romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan.
Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersamasama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAWmerungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi‘alaihi wa sallam.
Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok.
Rasulullah sallallahi‘alaihi wa sallamsendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil airsehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanyatelah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).
Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua
dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. Dalam hal ini,
Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya,peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).
Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi‘alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi‘alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya.
Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam
rumahtangga kita sendiri.
Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan,
merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama inisecara tidak langsung akan menimbulkan rasa
dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagisuami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan
kerja disamping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.
Bagisuami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan
martabat anda sebagaiseorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi‘alaihi wa sallam sendiri
melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.
Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang
tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan
tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab
hadis.
Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi‘alaihi wa sallam. Mudah-mudahan rakan-rakan
semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusirumah tangga. Moga kita semua
dirahmati Allah SWT.
sumber dari : homefamiltsite
|