//NuramirahAz
The Intro
Entries About Stuff





Contact me


  • tabung
  • bantu saya ye ?

  • my best entry
    get this widget here
    My Tagboard
  • URL blog only
  • Click Go once only
  • Don't ever you want to SPAM


  • my Love Followers

    hukum memakai " heels "
    2 Nov 2012 • comment • Add comment {0}
    Photobucket


    Hukum memakai kusut tumit tinggi!

    ramai antara kita (wanita) gemar memakai "heels" ataupun kasut bertumit tinggi, namun sedarkah kita apa hukumnya memakai kasut bertumit tinggi.
    jom baca di bawah ni hukum memakai kasut tumit tinggi.








    Syaikh Bin Baaz rahimahullah ditanya:


    "Apa hukum islam memakai kasut tumit tinggi?"

    Beliau menjawab :


    "Minimal hukumnya makruh disebabkan beberapa hal:

    1. Mengelabui orang dimana wanita tersebut terlihat tinggi padahal hakikatnya tidak demikian.

    2. Dikhuatiri wanita tersebut terjatuh.

    3. Memudaratkan kesihatan seseorang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para doktor.


    (al-jami' lifatawa almar'ah almuslimah: 568)


    jika hukumnya adalah makruh maka boleh kah kita terus memakainya?
    Ada pendapat mengatakan: berterusan melakukan perbuatan makruh akan menjadikan ia suatu yg haram, sepertimana berterusan melakukan dosa kecil akan menjadikannya dosa besar. Malahan ada satu kata-kata masyhur: Berterusan dalam perkara harus membawa kepada makruh, dan berterusan dalam perkara makruh menjadikannya haram.

    Tetapi pendapat yang kuat -Wallahu Taala A'lam- berterusan melakukan perkara makruh tidak mengubah hukumnya kepada haram KECUALI jika perbuatan makruh yang berterusan itu menjadi wasilah kepada perbuatan haram, maka ketika itu baru menjadi haram.

    kerana:
    1) Makruh dan Haram adalah dua hukum yang berbeza. Makruh ialah yang dilarang syarak bukan secara ilzam, manakala haram ialah larangan syarak secara ilzam.
    2) Makruh termasuk dalam perkara yang halal, dan Nabi bersabda dalam hadis yang sahih: "Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas".
    3) Tidak ada dalil yg menunjukkan suatu yg makruh jika selalu dilakukan akan menjadikannya sebagai haram.

    walaupun begitu, amat tidak digalakkan berterusan dalam perkara makruh kerana:
    -ia menunjukkan ketidakpedulian seseorang muslim terhadap hukum syarak terutama, hukum larangan.
    -jika sikap bermudah-mudah dalam perkara makruh berterusan, maka tidak mustahil selepas ini, timbul sikap bermudah-mudahan dalam perkara haram.

    wallahu Taala A'lam.

    disini saya serta sertakan sekali bahaya memakai kasut tumit tinggi-

    1. Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

    1. Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkankencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
    2. ”Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”
    3. Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.

    1. Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasaosteoprosis.
    2. ”Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.

    1. ”Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
    2. Kecacatan Haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
    3. ”Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

    so, still nak pakai kasut bertumit tinggi lagi?
    bagi pendapat saya tak salah jika kita nak pakai kasut tumit tinggi tapi mestilah kena pada tempatnya dan apa niat kita memakai kasut jenis bertumit tersebut. pendapat saya kalau setakat ke ofis tak payah la nak melaram sangat pakai kasut tumit tinggi melainkan jenis kerja kita itu memerlukan kita untuk berpakaian seperti itu. berpada2 lah dalam mendandan diri kita ketika berada di luar rumah, jangan sampai memudaratkan diri kita pula. hehe.. bukan sahaja memudaratkan kesihatan diri malah dapat dosa pula..